mutakhir

6 polis direman 3 hari [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

INSPEKTOR polis serta lima anggota polis lain yang ditahan kerana dipercayai memeras ugut direman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Kuching, di Petra Jaya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas permohonan dibuat Pegawai Penyiasat Inspektor Ajass Mohd Ibrahim.

Suspek berusia 25 hingga 53 tahun yang berpakaian lokap tiba di mahkamah pada 9.30 pagi sebelum keluar sejam kemudian.

Inspektor yang bertugas di Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak manakala lima lagi di Ibu Pejabat Daerah Kuching ditahan dalam tiga serbuan di Padawan, Kuching dan Lundu antara 10 malam tadi hingga 3 pagi, hari ini.

Mereka ditahan susulan dua laporan polis yang diterima daripada dua individu yang diperas ugut suspek kerana menjual barangan yang salah di sisi undang-undang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.

Disiarkan pada: August 9, 2017 @ 10:53am
d