mutakhir

Netflix untuk pelanggan Unifi, webe

Oleh Afiq Hanif

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) bakal menawarkan perkhidmatan strim, Netflix kepada pelanggannya bermula Oktober 2017 ini.

Netflix ialah rangkaian televisyen Internet terkemuka di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan program TV terbitan mereka sendiri termasuk filem dan dokumentari.

Naib Presiden Eksekutif, Media Baru TM, Jeremy Kung,berkata rakyat Malaysia akan dapat mengakses kandungan dengan akses Internet berkelajuan tinggi yang dikuasakan oleh UniFi.

Pelanggan TM yang melanggan perkhidmatan ini boleh menikmati tontonan tanpa had bagi kandungan termasuk siri yang pernah memenangi anugerah seperti House of Cards, The Crown dan Stranger Things.

"Selain itu, pelanggan data mudah alih perkhidmatan TM , webe pun dapat menonton filem atau program kegemaran Netflix menerusi pelbagai peranti mengikut keselesaan mereka - ketika di rumah, di luar rumah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa," katanya.

Disiarkan pada: August 9, 2017 @ 12:44pm
d