mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh Mohd Hanafis Abd Haris

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 dan 7 sen sen seliter manakala diesel naik 1 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 5 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.12 seliter berbanding RM 2.07 seliter manakala harga RON97 ialah RM 2.39 seliter berbanding 2.32 seliter.

Harga baru diesel yang naik 6 sen menjadikan harga jualannya RM 2.06 seliter berbanding RM2.05 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 10 Ogos 2017 hingga 16 Ogos 2017.

Disiarkan pada: August 9, 2017 @ 6:12pm
d