mutakhir

Anak muda patriotik [METROTV]

Oleh Salman Hamat

GELAGAT seorang lelaki berjalan sambil mengibarkan dan membawa Jalur Gemilang menarik perhatian pengguna Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), hari ini.

Pengguna Lebuh AMJ, Datuk Mokhtar Haron berkata pada 9 pagi dia yang dalam perjalanan ke Jasin atas urusan kerja melihat lelaki itu berjalan dari arah Bertam Ulu menghala ke Ayer Keroh.

"Ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka empat jam kemudian saya mendapati lelaki itu berada berhampiran sebuah kelab golf dan menghampiri Ayer Keroh.

"Kagum dengan semangat patriotik lelaki itu saya berhenti untuk merakam gelagatnya yang ketika itu bermandi peluh dan bertanya mengenai butiran dirinya," katanya.

Mokhtar berkata, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Nazri Mohd Ros berusia 32 tahun berasal dari Bertam Ulu.

Disiarkan pada: August 10, 2017 @ 7:16pm
d