mutakhir

Melaka Tengah dilanda banjir [METROTV]

Oleh Mohd Hilmie Hussin

DUA pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Melaka Tengah selepas lima kawasan terjejas akibat hujan lebat sejak 2 pagi, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, dua pusat pemindahan iaitu di Balairaya Peringgit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah dibuka sejak 7 pagi.

"Kawasan terjejas adalah Kampung Hampar, Pulau Melaka, Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bestari serta Taman Melawi Bukit Beruang.

"Bilangan keluarga dan jumlah mangsa sedang dikemaskini," kata Effendy.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Sungai Putat mendapati air naik hingga paras satu meter dan mula memasuki rumah seawal 3 pagi.

Difahamkan, hujan lebat dan air laut pasang besar menyebabkan air sungai melimpah.

Disiarkan pada: August 11, 2017 @ 10:36am
d