mutakhir

Maut motosikal bertembung

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

REMAJA lelaki berusia 16 tahun dari Kampung Beseri Dalam, Jalan Padang Melangit, Padang Besar, maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan motosikal lain di Kilometer 9.4 Jalan Padang Melangit-Guar Jentik, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 9 malam.

“Mangsa, Mohd Faris Hakimi Abdul Hamid dipercayai dari arah Guar Jentik menghala Padang Melangit bertembung dengan motosikal ditunggang remaja lain berusia 19 tahun dari arah bertentangan.

"Ini dapat dilihat daripada kesan kerosakan di bahagian hadapan kedua motosikal mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, Mohd Faris Hakimi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

"Mangsa yang berusia 19 tahun cedera parah kini dirawat di zon merah HTF.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Disiarkan pada: August 11, 2017 @ 11:04am
d