mutakhir

Kumpulan pertama rombongan Kerajaan Johor berlepas

Oleh Mohd Sabran Md Sani

SERAMAI 287 jemaah haji kumpulan pertama rombongan Kerajaan Johor berlepas menunaikan haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Senai, hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor, Mutalip Abd Rahim.

Bakal jemaah turut diberikan taklimat ringkas berkaitan ibadah haji dan keselamatan perjalanan di tanah suci oleh Pembimbing Agama TH Abu Bakar Wataq.

Hadir sama, pada majlis pelepasan penerbangan KT46 itu adalah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.

Terdahulu Mutalip memasihatkan jemaah haji mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Disiarkan pada: August 11, 2017 @ 7:29pm
d