mutakhir

Sungai Ketil mula melimpah

Oleh Safuri Kamarudin

LAPAN rumah di Kampung Seri Ketengga, Baling, dilanda banjir selepas Sungai Ketil mula melimpah berikutan hujan lebat sejak petang Sabtu sehingga lewat malam tadi.

Pegawai Jabata Kemajuan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Ishak, berkata air mula naik kira-kira 0.5 meter dan memasuki rumah penduduk di Kampung Ketengga.

Malah, katanya, dia difahamkan Kampung Bukit Sebelah dan Weng turut terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, katanya, dua lagi kampung terbabit masih belum diketahui berapa jumlah rumah penduduk terjejas.

"Oleh itu, saya meminta penduduk mendiami Mukim Siong mengambil langkah berjaga-jaga kerana air Sungai Ketil mula melimpah.

"Penduduk mendiami kawasan rendah dan sering dilanda banjir diminta bersiap sedia ke tempat selamat jika paras air semakin naik.

"Sekiranya keadaan berbahaya mereka diminta berpindah awal ke tempat selamat dan jangan tunggu sehingga keadaan yang mencemaskan," katanya.

Katanya, kemungkinan air akan naik lewat tengah seperti yang melanda di Kupang dan Tawar semalam.

Shamsul Izrin berkata, difahamkan anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling sudah menggerakkan anggota.

Disiarkan pada: August 12, 2017 @ 11:48pm
d