mutakhir

Bangunan LHDN, Menara Kastam Johor bergegar [METROTV]

Oleh Mohd Sabran Md Sani

BANGUNAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Menara Kastam Johor di Larkin antara bangunan tinggi di negeri ini yang dilaporkan bergegar berikutan gempa bumi 6.4 skala Richter di selatan Sumatera, Indonesia pagi ini.

Sumber bomba berkata, pihaknya menerima aduan berhubung gegaran di bangunan berkenaan pada 11.23 pagi tadi.

Sementara itu kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, satu gempa bumi kuat berlaku pada 11.08 pagi ini.

Ia berada di koordinat 4.0 selatan dan 101.4 timur di selatan Sumatera iaitu 78 kilometer dari barat daya Bengkulu, Indonesia.

Ia juga berkedudukan 363 kilometer dari barat daya Pontian, Johor.

Disiarkan pada: August 13, 2017 @ 1:27pm
d