mutakhir

Padah sebar gambar mangsa rogol

Oleh Rosliza Mohamed

EMPAT remaja termasuk tiga perempuan berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan di sekitar Bachok, semalam, susulan penyebaran gambar mangsa rogol menerusi aplikasi Whatsapp sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mereka direman antara lima ke tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, katanya, kejadian rogol itu berlaku di Kampung Gunung, Bachok tahun lalu.

“Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mendapati gambarnya tersebar.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 15 tahun mengenali semua suspek. Kita sedang melakukan siasatan lanjut kes berkenaan," katanya hari ini.

Katanya, dalam keterangannya, mangsa mendakwa dirogol dan dirakam rakan suspek yang sudah ditahan.

Disiarkan pada: August 14, 2017 @ 4:28pm
d