mutakhir

13 penduduk dipindahkan

Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli

SERAMAI 13 orang daripada empat keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Penampang Baru selepas empat kampung di Kimanis, Papar, dilanda banjir kilat, semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, ia susulan hujan lebat yang melanda daerah itu.

"Kampung terjejas adalah Kampung Penampang Baru, Kampung Belatik, Kampung Daingin dan Kampung Batu 14, Ulu Kimanis.

"Semua mangsa kini ditempatkan di PPS Dewan Penampang Baru," katanya.

Beliau berkata, dua jalan dinaiki air membabitkan jalan di

Kampung Penampang Baru dan Kampung Daingin, manakala jalan utama lain boleh dilalui oleh semua kenderaan.

"Sebuah lori APM dihantar ke lokasi terjejas bagi tujuan pemantauan dan bantuan pemindahan sekiranya perlu," katanya.

Disiarkan pada: August 15, 2017 @ 12:37am
d