mutakhir

50 penduduk dipindahkan di Papar

Oleh Norasikin Daineh

LIMA PULUH mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Penampang Baru Kimanis, Papar, setakat 9 pagi, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Muliadi Al Hamdi Ladin berkata, pemindahan itu membabitkan dua kampung yang terjejas akibat banjir sejak semalam.

"Satu PPS dibuka membabitkan 20 keluarga iaitu 18 keluarga dari Kampung Penampang Baru Kimanis dan dua keluarga lagi dari Kampung Lingan Baru.

"Tiga lagi kampung iaitu Kampung Belatik, Kampung Daingin dan Kampung Batu 14 Ulu Kimanis turut terjejas akibat banjir namun tiada pemindahan dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Muliadi, walaupun setakat ini keadaan banjir hampir pulih namun pihaknya masih membuat pemantauan di kawasan yang terjejas.

Disiarkan pada: August 15, 2017 @ 11:30am
d