mutakhir

Dicekup sedang ghairah

Oleh Hadzlihady Hassan

DUA puluh dua wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Georgetown, malam tadi.

Operasi jam 10 malam itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang menerima maklumat selain melakukan intipan sejak seminggu lalu.

Ketika ditahan, GRO yang terdiri daripada 3 wanita China dan 19 wanita Vietnam itu sedang leka melayan pelanggan dengan aksi mengghairahkan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Khwaja Banthey Navaz Mohd Hanief berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Juru untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Disiarkan pada: August 15, 2017 @ 1:26pm
d