mutakhir

Rempuh belakang lori rosak

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

ANGGOTA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila motosikal ditunggang merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 279.7 Lebuhraya PLUS arah utara dekat susur Nilai, malam tadi.

Laskar Kelas 2 Mohd Nur Hakim Mohd Noh, 26, yang bertugas di Markas Wilayah Udara 1, Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, kemalangan 8.40 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Lumpur merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

"Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: August 15, 2017 @ 5:47pm
d