mutakhir

Lancar V7 III Anniversario di pusat baru

Oleh Lizam Ridzuan

Didi Resources merasmikan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) motosikal Moto Guzzi di Petaling Jaya, hari ini.

Berkeluasan 9,100 meter persegi, lokasi yang dinamakan Gasket Alley itu juga menempatkan ruang pameran, kedai motosikal binaan khas (kustom), fesyen permotoran dan restoran.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata, mereka turut melantik Stronghold Cycles dan Goh Brothers Motorcycles untuk operasi ruang pameran dan khidmat servis motosikal itu.

"Selain selesa, lokasi ini juga menampilkan keunikan serta berbeza dengan ruang jualan motosikal lain di negara ini, eksklusif untuk pemilik jenama Moto Guzzi," katanya ketika perasmian.

Dalam majlis sama diadakan pelancaran model Moto Guzzi V7 III Anniversario edisi terhad yang hanya dikeluarkan 1,000 unit di seluruh dunia sempena meraikan ulang tahun ke-50 jenama pada harga bermula daripada RM81,999.

Moto Guzzi sesuai untuk tunggangan santai dengan rekaan gaya klasik premium.

Kini lima model lain terdapat dalam pasaran tempatan iaitu V7 III Stone, Special, Racer serta V9 Roamer dan Bobber dengan harga jualan RM66,999 hingga RM74,999.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 1:45pm
d