mutakhir

Pasangan diraja ziarah pusara Tunku Abdul Jalil

Oleh Mohd Sabran Md Sani

PUTERI tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah menziarahi Makam Diraja Mahmoodiah pagi ini.

Pasangan Diraja Johor itu meluangkan masa kira-kira setengah jam sebaik tiba di perkarangan makam pada jam 9 pagi untuk menziarahi pusara Tunku Laksama Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Tunku Tun Aminah dan suami turut mengaminkan doa dan menyiram air mawar serta menabur bunga pada setiap makam.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin mengetuai bacaan doa pada setiap pusara diziarahi.

Upacara menziarahi Makam Diraja adalah salah satu adat bagi Istiadat Perkahwinan Diraja Johor yang bermula pada 8 Ogos lalu.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 3:29pm
d