mutakhir

3 elemen program foto i-Reach MAPIM

Oleh Yusmizal Dolah Aling

PAKEJ 3-dalam-1 ditawarkan kepada peserta program Photo Charity anjuran i-Reach Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kashmir, India, yang dijangka diadakan Mac tahun depan.

Penyelaras i-Reach MAPIM, Johan Ariff Ismail berkata, penganjuran itu yang diadakan kali pertama begitu istimewa kerana ia menggabungkan tiga elemen iaitu, pelancongan, ziraha ke institusi pendidikan yang daif dan bengkel fotografi di lokasi bertaraf dunia di negara itu.

Katanya, pihaknya sudah melakukan tinjauan di lokasi terbabit minggu lalu dan mendapati ia sesuai untuk mengasah bakat peserta dalam fotografi serta aktiviti kemanusiaan membantu umat Islam tertindas selepas kawasan berkenaan dikenakan perintah berkurung tahun lalu.

"Kita juga melawat dan mengenal pasti keperluan musim sejuk palajar dan guru di Darul Ulum Kauthar di Hurven Garden Dachi Gam National Park dan beberapa lagi yang akan berdepan musim sejuk selama enam bulan.

"Kita juga dapat mengetahui kehidupan umat Islam di Sonamarg, Pahalgam serta melawat suku Gipsy di kawasan pergunungan di sana. Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh layari Facebook Ireach MAPIM," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 4:00pm
d