mutakhir

Tidak boleh tidur sebelum 'pergi' انا لله وانا اليه راجعون

Oleh Hayati Ibrahim

KETUA Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Abd Rahim Ishak meninggal dunia jam 3 pagi tadi selepas mengadu sakit ulu hati.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan ketika sedang mendapatkan rawatan di situ.

Difahamkan, arwah mengadu sakit dan tidak boleh tidur kira-kira jam 2 pagi, sebelum isterinya Datin Noorlida Bahar membawanya ke pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan dan jenazah sedang dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Semalam, Allahyarham turut menghadiri majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jenazah akan dimandi dan diuruskan di Surau Seksyen 6 Bukit Mahkota, Selangor.

Abdul Rahim, 54, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara berkuatkuasa 16 Jun 2016.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri selain pernah menjadi Pengarah Bahagian Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCOM).

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 9:52am
d