mutakhir

Permohonan Tun Mahathir ditolak

Oleh Murni Wan Omar

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur tolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar kelayakan dua panel dalam Suruhanjaya Siasatan Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) 1990-an.

Hakim Datin Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati suruhanjaya itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengugurkan dua panel itu.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan bantahan kerajaan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Mahathir.

Mahathir mengemukakan permohonan untuk membatalkan perlantikan dua panel itu iaitu Pengerusi Suruhanjaya Siasatan, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon (Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan), atas alasan kedua-dua mereka pernah berada di dalam Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian itu.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh hadir mewakili kerajaan dan peguam Muhamad Haniff Khatri Abdulla mewakili Mahathir.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 11:54am
d