mutakhir

17 individu ditahan

Oleh Shamsul Munir Safini

SEHINGGA jam 11.30 tadi, seramai 17 individu ditahan polis kerana cuba menimbulkan provokasi ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, jam 9.30 pagi ini.

Kesemua mereka ditahan ketika cuba menimbulkan provokasi dengan memegang kain rentang dan sepanduk.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan di sebuah stesen minyak yang terletak di hadapan pintu masuk politeknik berkenaan.

Najib tiba di Pulau Pinang pagi ini dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini dan dijangka menghadiri majlis kenduri rakyat di PSP jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kesemua mereka ditahan di IPDSPT bagi tujuan dokumentasi.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 12:13pm
d