mutakhir

Bantah aktiviti pembalakan

Oleh Muhamaad Razis Ismail

LIMA PULUH penduduk Orang Asli membabitkan 30 kampung di Hutan Ulu Kelantan, Gua Musang menyerahkan memorandum bantahan kepada Kerajaan Negeri Kelantan berikutan aktiviti pembalakan yang sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan sejak Mac lalu.

Memorandum itu diserahkan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along, 30, kepada wakil Kerajaan negeri, Penolong Pengarah Pejabat Menteri Besar Ahmad Saiful Rahman Ab Rahim, 11.30 pagi tadi.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along, 30, berkata, aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan kembali beroperasi sejak Mac lalu menjejaskan kehidupan kira-kira 3,000 penduduk di 30 kampung sekitar.

"Aktiviti menjejaskan kehidupan kami yang bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.

"Kami berharap pihak Jabatan Perhutanan Negeri dapat menarik semula lesen pembalakan di kawasan berkenaan atau kami bakal membuat sekatan dan mengambil tindakan mahkamah ," katanya ketika ditemui di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 1:30pm
d