mutakhir

Lim juga tidak pernah digari - KP SPRM

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

PEMAKAIAN gari dan pakaian lokap untuk tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mengikut prosedur undang - undang yang sedia ada.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pegawai SPRM mempunyai budi bicara masing-masing dalam menggari tahanan ketika dibawa ke mahkamah.

"Dalam kes Tan Sri Mohd Isa Samad dia tidak digari namun dikenakan pakaian lokap berwarna jingga manakala Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) tidak pernah digari mahupun berpakaian lokap.

"Segala tindakan ini dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada dan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kami, ia boleh dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut, " katanya selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen beberapa aktivis yang menyatakan SPRM tidak mengikut undang-undang ketika membawa Isa ke mahkamah dalam keadaan tidak bergari.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 1:57pm
d