mutakhir

Kantoi sediakan tempahan dadah

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

LELAKI ditahan polis bersama 132 kilogram ganja dalam serbuan di rumah sewanya di Bandar Baru Bangi, 11 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dalam serbuan 8 malam itu, lelaki berusia 35 tahun yang juga penganggur itu sedang menyediakan tempahan untuk pelanggan.

Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui 132 ketulan ganja yang disimpan di dalam beberapa bekas.

"Nilai rampasan ini dianggarkan RM396,000 dan ia adalah untuk pasaran tempatan.

"Siasatan awal mendapati suspek aktif sejak awal tahun ini dan mendapat bekalan daripada beberapa sindiket," katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Suspek direman dari 12 Ogos sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 2:44pm
d