mutakhir

Tak dan nak 'explain' direman

Oleh Zulfa Mohamad

PASANGAN kekasih yang ditahan selepas menyamun warga emas di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, pagi semalam ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, tahanan reman bermula hari ini bagi siasatan kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah.

Dalam kejadian 9 pagi semalam, suspek lelaki berusia 21 tahun menghantar teman wanitanya berusia 18 tahun ke Kubang Menerong untuk mencari 'sasaran'.

Bagaimanapun, suspek lelaki berjaya dicekup anak mangsa dan jiran ketika bersembunyi di bawah katil sebuah bilik dalam rumah mangsa selepas menyamun cincin.

Teman wanitanya turut ditahan ketika mengintai rumah mangsa dan dia dipukul orang ramai selepas gagal menjawab kenapa pergi ke situ sebelum diserahkan kepada polis.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 5:50pm
d