mutakhir

Wayang pacak pupuk perpaduan

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

PROGRAM Wayang Pacak di Ambang Kemerdekaan 2017 akan diadakan di Padang Permainan Taman Indah, Temiang, Sabtu ini.

Ketua MCA Bahagian Seremban, Siow Koi Voon berkata, program bermula 9 malam dan akan mempertontonkan tayangan filem Ola Bola bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan.

Katanya, orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memupuk semangat perpaduan dan patriotik antara kaum.

"Pada program ini, makanan ringan dan minuman disediakan. Pengunjung diminta membawa alas duduk selain kita juga menyediakan cabutan bertuah buat mereka," katanya pada sidang media di Seremban, hari ini.

Katanya, program dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Temiang, Persatuan Waghih Temiang dan Jabatan Penerangan Daerah Seremban.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 6:16pm
d