mutakhir

PM lancar Blueprint 2.0

Oleh Hadzlihady Hassan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 (Blueprint 2.0) yang juga pembangunan sosio ekonomi di wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Menurut beliau, Blueprint 2.0 itu mengandungi 80 projek pembangunan di empat negeri wilayah utara dan merangkumi tiga kategori projek iaitu Nod Pertumbuhan, projek Merentasi Sempadan dan projek Berimpak Tinggi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pakej insentif istimewa untuk NCER bagi melonjakkan pelaburan di kawasan berkenaan.

"Pakej insentif berkenaan ialah pengecualian cukai bagi syarikat yang membabitkan diri dalam bidang pertanian, industri bio, pembuatan dan perkhidmatan.

"Saya yakin pengumuman ini akan dapat melonjakkan pelaburan di empat negeri ke tahap yang lebih tinggi," katanya ketika melancarkan Blueprint 2.0 di Bayan Lepas, hari ini.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 6:42pm
d