mutakhir

Seunit rumah di tingkat 13 musnah

Oleh Norizuan Shamsuddin

SEUNIT rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di tingkat 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian jam 7.12 petang.

Katanya, seramai 21 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Seputeh dan BBP Sungai Besi dikerahkan ke lokasi bagi bantuan pemadaman.

"Setibanya dilokasi anggota mendapati kebakaran membabitkan seunit rumah di tingkat 13 banggunan PPR berkenaan.

"Anggota berjaya memadamkan api daripada merebak ke kediaman lain dan kebakaran menyebabkan rumah berkeluasan 15x15 meter persegi terbabit musnah 100 peratus.

"Kebakaran tidak menyababkan kecederaan kepada mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 10:57pm
d