mutakhir

Kerja tak buat tapi duit nak

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

JURUTERA dan juruteknik kanan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) direman tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tender mengecat dan membaik pulih yang tidak dilaksanakan kontraktor yang dilantik di Miri.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zaiton Anuar di Mahkamah Majistret Kuching di Petra Jaya selepas menerima permohonan dari Pegawai Pendakwa SPRM Ikhwan Mohd Ibrahim.

Suspek berusia 59 dan 39 tahun itu ditahan semalam di Kuching semalam oleh sepasukan pegawai SPRM.

Seorang lagi kontraktor berusia 49 tahun yang turut ditahan di Sibu petang semalam akan direman sebaik selesai mengerjakan haji.

Sumber berkata, tender itu dibuka HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat dua tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

"Syarikat itu bagaimanapun melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

"Syarikat itu pada 2016 membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11,969 kepada HDC sedangkan kerja tidak dilakukan," katanya.

Disiarkan pada: August 18, 2017 @ 12:41pm
d