mutakhir

Perkenal Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

PROGRAM Kerjaya Berpendapatan Tinggi (SHIP) diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pembabitan rakyat dalam kerjaya berpendapatan melebihi RM20,000 sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, program berkenaan akan memberi tumpuan kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dengan pengalaman kerja berkaitan.

Menurutnya, kursus di bawah program biayaan Bank Rakyat ini akan mengambil tempoh tiga hingga lima tahun.

"Permohonan penyertaan akan dibuka penghujung tahun ini dengan fasa pertama membabitkan 50 penerima faedah dengan pembiayaan maksimum berjumlah RM10 juta di dalam industri perkhidmatan kewangan, kesihatan dan teknologi.

"Fasa seterusnya akan bermula 2018 dengan lebih banyak bidang kepakaran dan industri yang diperkenalkan secara berperingkat membabitkan 250 penerima," katanya berucap pada Majlis Pelancaran SHIP dan #iniceritasaya di Putrajaya, hari ini.

Pengumuman pelancaran SHIP itu selepas berlangsung Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Justeru, beliau berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program itu pada laman web Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Disiarkan pada: August 18, 2017 @ 3:06pm
d