mutakhir

Musnah 90 peratus

Oleh Safuri Kamarudin

SEBUAH rumah dua tingkat di Kampung Batu 8, Tanjung Pari, Baling, musnah terbakar, petang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Riduan Abd Malek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.28 petang.

Beliau berkata, ketika sampai api sedang marak, namun anggota bomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak.

"Operasi pemadaman api dibantu pasukan dari BBP Sik dan kita mengambil masa 10 minit mengawal api daripada merebak dengan mengguna sebuah jentera dan dua pancutan air.

"Struktur rumah diperbuat daripada papan menyebabkan api marak dengan cepat," katanya dihubungi hari ini.

Mohd Riduan berkata, rumah berkenaan musnah 90 peratus namun tiada mangsa terbabit.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya

Disiarkan pada: August 18, 2017 @ 7:59pm
d