mutakhir

Jom bantu mereka ke Olimpik Istimewa

Oleh Yusmizal Dolah Aling

SUMBANGAN pelbagai pihak amat diperlukan dalam usaha memberi galakan kepada anak istimewa menyertai pelbagai aktiviti sukan yang membantu mereka mencipta lebih banyak kejayaan.

Presiden Sukan Olimpik Istimewa Kuala Lumpur, Datuk Daut Ahmad, berkata ia begitu bermakna ketika atlet OKU untuk gigih berlatih bagi berdepan Sukan Olimpik Istimewa di Abu Dhabi pada 2019.

"Banyak pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan memberikan kerjasama yang begitu baik, begitu juga beberapa pihak lain.

"Kita harap program sebegini dapat dijalankan setiap tahun kerana ia bermanfaat untuk mereka yang memerlukan, " katanya pada majlis Special Olympics Funday di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Datuk Seri Raja Yong Sofia Sultan Azlan Shah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) Wan Noraidah Wan Mohd Zain.

90 anak istimewa dengan sebahagian besarnya daripada Pemulihan Dalam Komuniti JKMWPKL yang akan menjalani saringan di peringkat negeri.

Mereka kemudian akan disaring di peringkat kebangsaan pula menerusi beberapa disiplin sukan.

Disiarkan pada: August 19, 2017 @ 11:30am
d