mutakhir

Koboi Bajau Australia [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

Boddington, Australia: Japli Jakah@Zakaria, 52, etnik Bajau dari Kota Belud, Sabah yang menetap di Boddington, barat Australia sejak berhijrah ke negara kanggaru itu lapan tahun lalu kini boleh berbangga apabila ladang kuda dinamakan Terpilih Stud yang diusahakan bersama isteri mendapat sambutan ramai.

“Saya juga mengajar cara-cara menunggang kuda. Segala pengalaman saya curahkan, sebagai etnik Bajau memang kami tidak dapat dipisahkan dengan kuda. Jadi saya amat mengenali sifat-sifat kuda.

“Pendidikan formal saya mengenai kuda sebenarnya bermula di Pusat Ekuestrian Kelab Lumba Kuda Selangor. Selain itu, saya pernah bekerja di pusat pelancongan di Sabah serta ketika itu jurulatih menunggang kuda dalam kategori dressage and jumping.

“Sekitar Mac 2009, saya terpikat dengan seorang wanita Australia yang bercuti di Tuaran, Sabah. Wanita itu, Tracey@Noraini Zakaria yang kini berusia 53 tahun sudah menjadi teman hidup saya selepas kami melangsungkan perkahwinan di Masjid Perth pada 12 Disember 2009,” katanya.

Dia yang lebih mesra dipanggil Billy berkata, kebiasaannya mereka akan pulang ke kampungnya di Kampung Labuan, Kota Belud dua tahun sekali dan perasaan rindu pada tanah tumpah darah memang selalu bertandang.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 5:26am
d