mutakhir

'Tidak disengajakan, tiada niat buruk'

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

“Saya percaya ia tidak disengajakan dan semua pihak harus berfikiran terbuka,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kedudukan warna bendera Indonesia yang terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Zahid, perkara itu dilakukan tanpa niat buruk atau mengaibkan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran di Teluk Intan, hari ini.

Isu berkenaan menimbulkan pelbagai tangapan dan menjadi kecaman netizen dari negara berkaitan.

Terdahulu Malaysia turut memohon maaf secara rasmi terhadap rakyat Indonesia berikutan isu kedudukan warna bendera negara itu yang terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan, malam tadi, menyatakan permohonan maaf itu atas kesilapan tidak disengajakan.

MACOC menjelaskan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Imam Nahrawi, untuk sekali lagi mohon maaf bagi pihak MASOC.

Khairy sebelum itu sudah meminta maaf atas kesilapan berkenaan bagi menjawab teguran pedas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 12:54pm
d