mutakhir

Warga emas disengat tebuan

Oleh Mohammad Ishak

WANITA warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diserang tebuan dalam kejadian di Kampung Gerung, dekat Jertih, petang hari ini.

Fatimah Awang Lah, 70, disengat di muka, hidung, bahu dan kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika dia mahu mengambil lembu yang ditambat tidak jauh dari rumahnya.

"Ketika hampir di tempat itu secara tiba-tiba datang tebuan tidak tahu dari arah mana menyerang saya.

"Ketika menyelamatkan diri saya rebah dan kepala jadi pening," katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik apabila jirannya melihat kejadian itu dan membantunya sebelum mengejarnya ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan.

"Saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu dan hanya mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui di hospital.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 11:52pm
d