mutakhir

Geng Wika tumpas

Oleh Hairie Norli

POLIS menahan tiga lelaki dikenali sebagai Geng Wika yang mencuri motosikal sekitar Balik Pulau sejak dua bulan lalu dalam serbuan di Paya Terubong dan Bayan Lepas, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan berkata, semua suspek terdiri daripada dua lelaki warga asing dan seorang rakyat tempatan berusia 21 hingga 27 tahun.

Menurutnya, seorang daripada suspek warga asing didapati bekerja sebagai mekanik di negaranya dan menyalahguna kemahirannya untuk mencuri motosikal.

"Siasatan mendapati motosikal yang dicuri itu dijual dengan harga semurah RM250 hingga RM400 kepada pelanggan mereka.

"Setakat ini, mereka mengaku sudah mencuri 10 motosikal dengan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM70, 000," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Disiarkan pada: August 21, 2017 @ 2:25pm
d