mutakhir

Mengaku noda kekasih

Oleh HM Digital

Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun di Mahkamah
Juvana, di sini, semalam.

Pengakuan bersalah dibuat tertuduh di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Nurul Huda Akmal Mohamed.

Mahkamah menetapkan 24 September ini untuk laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Cina, di sini, pada 4 Ogos, 8 Ogos dan 10 Ogos 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamidah Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hamidah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 6:23am
d