mutakhir

Jel dua bulan ceroboh bas pelancongan

Melaka: Padah menceroboh sebuah bas persiaran, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada April lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Fazrul Aizat Jaafar, 22, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasuki bas pelancongan tanpa keizinan dan didapati melakukan pencerobohan dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Hotel Bayou Lagoon, Bukit Katil, di sini, jam 7.30 malam, 11 April 2017.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 6:24am
d