mutakhir

Selisih ajal van rempuh belakang lori

Oleh HM Digital

Melaka: Tiga lelaki nyaris maut selepas van dinaiki mereka merempuh belakang lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Umbai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, penumpang hadapan van itu tersepit di tempat duduk.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila van Ford dinaiki mangsa, dalam perjalanan dari pusat bandar menghala Muar, Johor, hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Akibatnya van itu merempuh belakang lori yang ketika itu berada
di laluan kiri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan kedua-dua pemandu itu membuat laporan di Balai Polis Daerah Jasin.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 6:49am
d