mutakhir

Jumpa mayat dalam longkang

Oleh Amrullah Abdul Karim

MAYAT lelaki warga Myanmar ditemui dalam longkang berhampiran loji sisa kumbahan di Jalan Semarak, Bukit Beruntung, 6.40 petang semalam.

Mangsa Khianat Thein, 30, ditemui orang awam dalam keadaan lengkap berpakaian dan sudah reput.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, polis turut menemui beg sandang berisi barang keperluan peribadi mangsa di tempat kejadian.

"Keadaan mayat reput dan dipercayai sudah lama berada dalam longkang berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin terjatuh akibat tergelincir ke dalam longkang itu dan tiada kesan kecederaan pada fizikal mangsa," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 2:34pm
d