mutakhir

22 kereta hangus

Oleh Junaidi Ladjana

DUA PULUH DUA kereta lama yang tidak digunakan terbakar di bengkel di Inanam, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, longgokan bahan buangan turut terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.03 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikerah ke lokasi.

"Api berjaya dikawal 21 minit kemudian dan tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran turut dibantu tiga jentera dengan kekuatan 13 anggota dari BBP Kota Kinabalu.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 5:46pm
d