mutakhir

Dadah buatan kontraktor, isteri

Oleh Hadzlihady Hassan

SUAMI isteri yang menjadikan rumah sewa mereka sebagai makmal memproses dadah ditahan dalam serbuan di pangsapuri di Perai.

Polis kemudiannya merampas heroin bernilai RM245,300 dalam serbuan pada 5.40 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata suspek adalah kontraktor, 31, manakala isterinya, 21, warga Myanmar dan tidak bekerja.

"Mereka didapati menghasilkan sendiri heroin serta mengedar dadah terbabit di sekitar negeri ini dan aktif sejak setahun lalu.

"Dalam serbuan itu, kita turut menyita Audi dan BMW yang semuanya bernilai RM99,175," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, hari ini.

Disiarkan pada: August 23, 2017 @ 3:26pm
d