mutakhir

Mungkin patah tulang pinggul

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Ikatan selendang pada besi balkoni terbuka dan dia ‘terhempas’ di atas tempat meletak kenderaan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan anggota Jabatan Imigresen di rumahnya di tingkat satu Pangsapuri Lagoon Perdana, Petaling Jaya, 10.30 malam semalam.

Itu nasib wanita Bangladesh berusia 30-an yang mungkin patah tulang pinggul selepas diperiksa paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut suaminya, Islam, 40, isterinya melarikan diri ketika dia membuka pintu untuk pemeriksaan oleh anggota Jabatan Imigresen.

"Saya mempunyai dokumen dan E-Card, tetapi isteri tiada. Dia takut ditangkap sebab itu melarikan diri," katanya.

Wanita itu kemudian dihantar ke PPUM untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, seramai 10,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap sejak 1 Julai hingga malam tadi.

Menurutnya, seramai 2, 772 PATI sudah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

"Seramai 246 majikan turut ditangkap dengan 91 daripadanya sudah dikenakan tindakan," katanya.

Katanya, dalam operasi itu, kira-kira 400 warga asing diperiksa.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 1:27am
d