mutakhir

Warga China dikhuatiri lemas

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga China yang dikhuatiri lemas di pantai di Pulau Redang.

Huang Qingfe, 21, dari Zhejing China dikatakan lemas ketika mandi bersama rakannya di kawasan pantai itu pada kira-kira 5 petang semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli, berkata pihaknya yang menerima maklumat daripada polis dan segera menjalankan operasi SAR, pada 3.45 pagi ini.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat itu pada mulanya menjalankan operasi bersama pekerja resort bermula 11.30 malam tadi hingga kira-kira 1 pagi.

Polis kemudian meminta bantuan Pasukan Polis Marin Wilayah3, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Satu bot bersama tujuh krew digerakkan ke lokasi bagi mengesan mangsa.

"Ketika ini, usaha mencari mangsa giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 10:01am
d