mutakhir

Ferrari 812 Superfast masuk Malaysia

Oleh Lizam Ridzuan

NAZA Italia pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama Ferrari di Malaysia melancarkan model 812 Superfast untuk pasaran tempatan, hari ini.

Model terbaharu paling pantas untuk Ferrari ini mula diperkenalkan ke pasaran global ketika International Premiere di Pameran Motor Antarabangsa Geneva, Mac lalu.

Dilengkapi dengan enjin 6.5 liter V12 baru ia mampu memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam dalam tempoh 2.9 saat menghasilkan 800hp pada 8,500 rpm dan tork 718Nm pada 7,000 rpm.

Ciri pemanduan dinamik dengan sistem kawalan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) dan pengenalan Virtual Short Wheelbase 2.0 (PCV) untuk semua roda bagi pengendalian lebih cekap pada selekoh dan sebarang kelajuan.

Turut hadir ketika pelancaran di Kuala Lumpur ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Far and Middle East Hub, Dieter Knechtel dan Ketua Pegawai Operasi Naza Italia, Farid Sulaiman.

Ferrari Superfast 812 dijual pada harga asas bermula daripada RM1,578,800 dengan pilihan warna ‘Rosso Settantanni’ bersempena ulang tahun ke-70 jenama itu.

Sepuluh unit tempahan sudah dilakukan oleh pembeli setakat ini di Malaysia.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 12:10pm
d