mutakhir

Jalur Gemilang 54x3 meter Ramada Plaza

Oleh Nur Ain Musdad

KAKITANGAN Hotel Ramada Plaza di Jalan Bendahara, Banda Hilir, Melaka Tengah, pasang Jalur Gemilang berukuran 54x3 meter pada bangunan hotel itu untuk tarik perhatian pelancong dan menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.

Pengurus Besarnya Edouard Reizian berkata, Jalur Gemilang itu dipasang sejak pertengahan bulan ini.

"Kami sentiasa mencari kelainan, agar menarik perhatian pelancong, sekali gus mendorong mereka untuk terus memilih Melaka sebagai destinasi percutian.

"Dua tahun lalu kami hasilkan kek Jalur Gemilang sepanjang 69 meter yang turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR)," katanya.

Beliau berkata, demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri Datuk Ghazale Muhamad dan Pengurus Besar Tourism Melaka Norena Jaafar, yang meninjau Jalur Gemilang dipasang, hari ini.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 6:27pm
d