mutakhir

Pesawat ringan mendarat cemas di KKIA

Oleh Mohd Ruzani Zulkepli

PESAWAT ringan dinaiki juruterbang dan dua penumpang melakukan pendaratan cemas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Kota Kinabalu, jam 1.38 tengah hari.

Bagaimanapun, juruterbang dan penumpangnya, semuanya berusia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, pesawat berkenaan sebelum itu berlepas dari KKIA untuk ke Bangkok, Thailand sebelum terpaksa berpatah balik dipercayai akibat kerosakan di bahagian enjin.

Pengurus Kanan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) KKIA Sunif Naiman berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerima laporan kejadian itu pada 1.05 tengah hari.

Beliau berkata, susulan itu, pasukan keselamatan lain seperti polis, bomba dan ambulans kemudiannya dikerahkan ke landasan itu untuk bantuan kecemasan.

"Bagaimanapun, pesawat ringan itu mendarat dengan selamat kira-kira jam 1.34 tengah hari tanpa sebarang insiden tidak diingini, "katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, pesawat itu dipercayai mengalami kerosakan di bahagian enjin. Namun, siasatan lanjut masih dilakukan.

"Operasi kecemasan itu ditamatkan sepenuhnya pada 1.38 tengah hari, " katanya.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 6:38pm
d