mutakhir

[UPDATE] Pencarian ke arah utara pula

Oleh Mohd Sabran Md Sani

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) hari keempat anak kapal USS John S McCain yang hilang di perairan Teluk Ramunia, dekat sini, diperluaskan sektor pencarian ke arah Utara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, SAR dibahagikan kepada dua sektor utama, laut dan udara dengan keluasan sektor pencarian diperluaskan kepada sektor laut 850 batu nautika persegi (1,600 kilometer persegi) dan sektor udara 850 batu nautika persegi.

Katanya, unit SAR yang diketuai oleh Maritime Rescue Sub Centre, Maritim Malaysia di Johor Bahru menyelaraskan pergerakkan aset-aset SAR.

"Ia membabitkan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Jabatan Laut Malaysia menghala ke kawasan pencarian di bahagian Utara perairan Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman yang lalu serta mengikut pergerakkan air laut

pada hari ini adalah dijangkakan pergerakan berlaku ke arah pantai di bahagian utara

iaitu menghala ke arah Pulau Tioman.

Berikutan itu aset-aset yang beroperasi di kawasan Utara kejadian dan juga yang berada

berhampiran dengannya juga diarah untuk membuat pemantauan.

"Pada hari ini sekali lagi Maritim Malaysia menghubungi Indonesia menerusi Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) yang sudahpun

menghulurkan bantuan untuk fokus mencari di dalam kawasan pencarian di perairan

negara mereka.

"Pihak Indonesia sudah menggerakkan empat aset lautnya iaitu KRI Krit, KRI Pulau Rusa, KN Purworeja dan RB 209," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pesawat P3 C-Orion dari Australia memulakan pencarian dari ruang udara di atas perairan Malaysia selepas mendapat kebenaran berbuat demikian, semalam.

"Pada masa yang sama pesawat Tentera Laut AS juga diberi kebenaran oleh Kementerian Pertahanan untuk melakukan pencarian di dalam perairan Malaysia.

"Agensi-agensi dari luar negara memohon kebenaran daripada Malaysia untuk terlibat dalam SAR memandangkan insiden pelanggaran berlaku dalam perairan Malaysia dan juga dalam perairan Search and Rescue Region Malaysia," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya masih menunggu pemakluman mengenai jumlah mangsa yang ditemui dalam perut kapal USS John S McCain.

Berita berkaitan:

Kawasan pencarian diperluas

KD Handalan jumpa mayat juga

Jumpa mayat dalam USS John S McCain

Kawasan pencarian diperluaskan

10 anak kapal USS John S McCain hilang

Insiden kedua kapal USS berlanggar

TLDM, APMM bantu cari kelasi

4 sektor pencarian

Tiada tumpahan minyak

[UPDATE] Serah mayat kepada tentera laut [METROTV]

[UPDATE] Belum jumpa mangsa lain

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 8:54pm
d