mutakhir

[UPDATE] Tunggu petunjuk baru

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi anak kapal USS John S McCain yang masih hilang akan disambung semula apabila terdapat petunjuk baru daripada penyelam Tentera Laut Amerika Syarikat yang mebuat carian di atas kapal berkenaan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, semua aset Malaysia yang digunakan dalam operasi SAR itu sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan apabila operasi diaktifkan semula.

Operasi SAR akan bersambung apabila terdapat petunjuk baru dalam pencarian sembilan lagi anak kapal yang masih hilang yang dilakukan di atas kapal itu.

"Semua aset dari Malaysia yang terbabit dalam operasi SAR ini berada dalam keadaan bersedia dan akan digerakkan pada bila-bila masa apabila Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) mengumumkan bahawa operasi diaktifkan semula," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, MRSC APMM Johor Bahru selaku penyelaras operasi SAR Malaysia bagi kehilangan anak kapal USS John S McCain itu menggantung operasi berkenaan kira-kira 8.30 malam tadi.

"Keputusan itu dibuat selepas menerima mesej dari Perhubungan Awam Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat yang mahu menggantung operasi SAR di laut sementara waktu bagi memberi fokus kepada pencarian di dalam kapal itu.

"Terdahulu, Tentera Laut Amerika Syarikat sudah mengesahkan penyelam mereka menemui satu mayat yang disahkan seorang daripada anak kapal yang hilang," katanya.

Berita berkaitan

US Navy gantung SAR cari anak kapal

[UPDATE] Serah mayat kepada Tentera Laut AS [METROTV]

[UPDATE] KD Handalan jumpa mayat juga

Jumpa mayat dalam USS John S McCain

Tiada tumpahan minyak

Kawasan pencarian diperluas

[UPDATE] Belum jumpa mangsa lain

TLDM, APMM bantu cari kelasi

[UPDATE] 4 sektor kawasan pencarian

[UPDATE] Kawasan pencarian diperluaskan

10 anak kapal USS John S McCain hilang

Disiarkan pada: August 25, 2017 @ 1:03pm
d