mutakhir

Seorang lagi kelasi dikenal pasti

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

TENTERA Laut Amerika Syarikat (USN) mengenal pasti satu lagi mayat anak kapal USS John S McCain, malam tadi.

Mangsa kedua disahkan sebagai Juruteknik Elektronik Kelas Ketiga, Dustin Louis Doyon, 26, dari Connecticut, Amerika Syarikat

Menurut laman web rasmi Armada Ketujuh USN, mayat itu ditemui penyelam malam tadi sebelum disahkan sebagai Doyon.

Katanya, dengan penemuan mayat itu, lebih ramai penyelam dan aset tiba di lokasi pencarian untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi anak kapal yang masih hilang.

Pencarian diteruskan di dalam kapal berkenaan selepas operasi SAR di laut digantung sementara.

Terdahulu, mayat Juruteknik Elektronik Kelas Ketiga, Kenneth Aaron Smith, 22, yang berasal dari Cherry Hill, New Jersey ditemui semalam.

Lapan yang masih hilang disenaraikan sebagai

• Juruteknik Kelas Pertama, Nathan Findley, 31, dari Kansas City, Missouri

• Juruelektrik Komunikasi Dalaman Kelas Pertama, Abraham Lopez, 39, dari Texas

• Juruteknik Kelas Kedua, Kevin Sayer Bushell, 26, dari Maryland;

• Juruteknik Kelas Kedua, Jacob Daniel Drake, 21, dari Ohio

• Juruteknik Sistem Informasi Kelas Kedua, Timothy Thomas Eckels Jr, 23, dari Maryland

• Juruteknik Sistem Informasi Kelas Kedua, Corey George Ingram, 28, dari New York

• Juruteknik Kelas Ketiga, John Henry Hoagland III, 20, dari Texas

• Juruteknik Komunikasi Dalaman Kelas Ketiga Stephen Palmer, 23, dari Illinois

Berita berkaitan

Tunggu petunjuk baru

US Navy gantung SAR cari anak kapal

[UPDATE] Serah mayat kepada Tentera Laut AS [METROTV]

[UPDATE] KD Handalan jumpa mayat juga

Jumpa mayat dalam USS John S McCain

Tiada tumpahan minyak

Kawasan pencarian diperluas

[UPDATE] Belum jumpa mangsa lain

TLDM, APMM bantu cari kelasi

[UPDATE] 4 sektor kawasan pencarian

[UPDATE] Kawasan pencarian diperluaskan

10 anak kapal USS John S McCain hilang

Disiarkan pada: August 25, 2017 @ 3:52pm
d