mutakhir

Aktifkan misi bantuan di Marawi

Oleh Yusmizal Dolah Aling

GABUNGAN Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang terdiri daripada beberapa pertubuhan, mengaktifkan misi bantuan kemanusiaan ke Marawi, Filipina, 30 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (YAM), Jamuliddin Elias berkata, pihaknya sudah melakukan tinjauan awal di kawasan terjejas termasuk di Illigan City minggu lalu dan mendapati, wujud keperluan membabntu masyarakat Islam di sana.

Katanya,ia termasuk program korban di wilayah berkenaan dengan bantuan Agensi Pembangunan Bangsa Moro (BDA), sebuah NGO yang diiktiraf pihak berkuasa dan tentera.

"YAM ke sana minggu lalu untuk melihat apa bentuk keperluan yang boleh dihulurkan kepada masyarakat Islam di sana. Buat permulaan, kita akan bantu dari segi keperluan asas. Selepas ini mungkin pembinaan pusat pendidikan untuk menggantikan bangunan madrasah yang usang. Mereka yang ingin turut sama boleh menghubungi saya di talian 019-6644796," katanya kepada Harian Metro.

Antara NGO yang dijangka turut serta dalam misi ini termasuklah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) dan Pertubuhan Pendidikan Sabah.

Disiarkan pada: August 25, 2017 @ 5:41pm
d